March 07, 2017

Keadaan Kem Pelarian Rohingya di Sittwe Wilayah Rakhine

Delegasi Flotila ke Myanmar berlepas ke Rakhine pantau agihan bantuan Rohingya…


Penganjur Food Flotilla For Myanmar tidak main lepas tangan.Selepas serahkan 500 tan bantuan untuk Rohingya yang dibawa kapal Nautical Aliya kepada kerajaan Myanmar di pelabuhan Yangon  9 Februari lalu ia hendak memastikan semuaya sampai kepada etnik itu di wilayah Rakhine.
Ahad malam delegasi dua orang dari Kelab Putera 1Malaysia serta wartawan Agendadaily dan Harian Metro berlepas ke Yangon untuk menyaksikan pihak berkuasa Myanmar menyerahkan barangan bantuan di beberapa kem di Sittwe dan Maungdaw di wilayah berkenaan dijadualkan bermula petang Isnin.
Mereka akan berada di sana selama tiga hari.
Ketua Penerangan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) Datuk Razali Ramli berkata kunjungan mereka ke wilayah Rakhine itu akan disertai Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abdul Rahman mewakili kerajaan Malaysia.
“Lawatan ini penting kerana ia bukti 500 tan barangan yang kita serahkan ketika misi flotilla baru-baru ini kepada kerajaan Myanmar sampai kepada golongan sasar iaitu masyarakat muslim di Myanmar.
“Kita akan masuk ke beberapa kem di Sittwe dan Maungdaw dan berharap urusan itu selesai seperti mana dijadualkan,” katanya yang turut diiringi Setiausaha Agung KP1M Abdul Khaliid Chairul.- 5/3/2017- OLEH MOHAMED HIEKAL yang menyertai delegasi ke Rakhine

Delegasi Malaysia pantau agihan bantuan Rohingya sudah sampai di Sittwe di wilayah Rakhine…

Wartawan Agendadaily,Mohamed Hiekal yang menyertai delegasi penganjur Flotila ke Myanmar untuk memantau proses agihan bantuan kepada Rohingya oleh pihak berkuasa negara itu melaporkan mereka sudah tiba di Lapangan Terbang Sittwe di wilayah Rakhine pada awal petang Isnin.
Mereka yang tiba menerusi penerbangan dari KL-Bangkok-Yangon disertai oleh Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman.

Kerajaan Myanmar telah beri kebenaran kepada delegasi itu masuk ke wilayah Rakhine yang bergolak dengan isu Rohingya itu.

Tujuan kedatangan delegasi ialah untuk memastikan 500 tan bantuan yang dibawa oleh kapal Nautical Aliya yakni kapal misi flotilla dan dihantar ke pelabuhan Yangon pada 9 Februari lalu sampai kepada kumpulan sasaran etnik Rohingya.

Tidak lama selepas tidak delegasi yang antaranya dianggotai Ketua Penerangan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) Datuk Razali Ramli dan Setiausaha Agung KP1M Abdul Khaliid Chairul itu tiba,mereka bertolak ke penempatan Rohingya untuk meninjau proses agihan bantuan.- 6/3/2017


Gambar-gambar berikut dirakam oleh Jurugambar Agendadaily, Hiekal Rosli semasa mengikuti delegasi Malaysia ke beberapa kem di Sittwe didalam wilayah Rakhine bagi memantau pengagihan bahan bantuan misi "Foofflotilla For Myanmar" kepada gogongan sasar.