December 21, 2013

Sekitar Pemilihan MCA 2013

Hajat Datuk Seri Liow lai hendak mengetuai parti MCA tercapai.Begitu juga gandingan beliau Datuk Wee Ka Siong.

Kedua mereka menang jawatan Presiden MCA dan Timbalan Presiden dalam persaingan sengit yang menyaksikan pengunduran Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Liow yang sebelum ini Timbalan Presiden mendapat 1,186 undi menewaskan saingan terdekat yakni Naib Presiden Gan Ping Sieu 1,000 undi.Calon ketiga bekas Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat cuma dapat 160 undi sahaja.

Bagi Timbalan Ka Siong yang sebelum ini Ketua Pemuda MCA dapat 1,408 menewaskan Naib Presiden Datuk Donld Lim 927 undi.

Seramai 2,382 perwakilan mengundi dalam pemilihan ini.

Empat jawatan Naib Presiden dimenangi oleh  Lee Chee Leong 1,642, Hou Kok Chung 1,475, Chua Tee Yong  1,343  ( anak Datuk Seri Chua Soi Lek)  dan  Chew Mei Fun 1,230.-  Agendadaily  21/12/2013













December 16, 2013

Sekitar demo bantah cukai taksiran DBKL

Sekitar demo bantah cukai taksiran DBKL
16 Disember 2013
Ibupejabat DBKL

Tak ramai sertai demo bantah cukai taksiran DBKL…

Kalau ikut gempak mereka sebelum ini bunyinya memang sakan…namun demonstrasi aman anjuran pembangkang untuk membantah cadangan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi Isnin nyata tidak mendapat sambutan.

Cuma sekitar lebih 400 orang saja menyertai demonstrasi yang diadakan depan bangunan DBKL di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Ia bermula pada 10.45 pagi dan bersurai pada 11.25 pagi.

Antara Ahli Parlimen pembangkang yang hadir ialah Tian Chua,Nurul  Izzah Anwar,Theresa Kok dan Khalid Samad.

Datuk Bandar ,Datuk Seri Ahmad Phesal Talib sendiri telah turun untuk terima surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai itu yang didi dalam beberapa kotak.

Tarikh akhir menghantar bantahan ialah esok,Selasa.-16/12/2013












December 13, 2013

Sekitar "Walk About Flood" Negeri Pahang

Sekitar Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Negeri Pahang
"Walk About Flood"
12 Disember 2013
Disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad


Keprihatinan keluarga DiRaja Pahang terhadap mangsa banjir rakyat negeri itu memang tak boleh dinafikan. Mereka tak banyak bercakap, tapi terus bertindak, bak kata orang Inggeris 'action speaks louder than words'.

Kelmarin, Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar "turun padang" apabila baginda sendiri memasak di pusat pemindahan banjir di Dewan Orangramai Cherok Paloh.

Pada Khamis, Sultanah Hajjah Kalsom yang juga penaung Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) turun padang untuk serahkan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Selepas itu baginda melakukan walk-about di sekitar kawasan sekolah berkenaan yang dijadikan tempat penempatan sementara mangsa banjir.

Sehingga Khamis, seramai 153 keluarga mangsa banjir ditempatkan di situ

Antara bantuan yang diterima oleh mereka dari baginda ialah wang tunai dan peralatan asas seperti ubat gigi, sabun, tilam dan selimut

Turut mengiringi baginda dalam walk-about ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Shahidan Kassim yang mewakili Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim