May 19, 2021

Mufti Perak disahkan dijangkiti Covid-19

Orang ramai diharap dapat mendoakan kesihatan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Beliau kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya dipetik laporan Harian Metro. 

Terdahulu, tular dalam mesej WhatsApp mendakwa Harussani dijangkiti wabak membunuh itu.

Mesej terbabit antara lain menyatakan Harussani disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen namun dalam keadaan beliau masih sedar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim melalui hantaran di Facebook pada 12 Mei lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

“Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif Covid-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh.

“Sama-sana kita berdoa agar Allah pelihara kedua-dua insan yang kita kasihi ini,” tulisnya.

https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mufti-perak-disahkan-dijangkiti-covid-19/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=blogger

Tajuddin guna alasan MKN tidak benarkan pemilihan UMNO dijalankan

Tiada kebenaran diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digunakan sebagai alasan untuk UMNO menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijalankan Jun ini, kata Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata UMNO sebelum ini akan merujuk MKN sebelum membuat keputusan berhubung pemilihan parti dan mendakwa agensi kerajaan tersebut tidak memberi kebenaran ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin mendadak.

“Setakat ini secara lisan dan secara dasarnya MKN menolak permohonan UMNO untuk mengadakan pemilihan.

“Namun sehingga kini belum ada sebarang surat rasmi daripada pihak MKN,” katanya dipetik portal Malaysiakini.

Tajuddin juga memberitahu wakil parti itu juga sudah mengadakan pertemuan dengan MKN.

Desakan supaya mengadakan pemilihan parti menjadi semakin kuat susulan klip audio tular perbualan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merancang satu pakatan sulit.

Beberapa pemimpin utama parti secara terbuka menggesa supaya pemilihan diadakan pada Jun ini selepas berakhir mandat tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan adalah pada akhir Jun 2018 yang menyaksikan pertembungan lima penjuru bagi jawatan Presiden, membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah, Mohamed Iqbal Maricair, dan Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.

 


https://www.agendadaily.com/politik/tajuddin-guna-alasan-mkn-tidak-benarkan-pemilihan-umno-dijalankan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=blogger

May 18, 2021

ISU YAHUDI: HITLER MUNGKIN ADA ALASANNYA oleh Dr MAZA

PENAFIAN: Akaun Facebook Dr MAZA telah disekat selepas memuat naik hantaran berikut pada 17 Mei 2021.

1.      Artikel ini saya tulis pada Hari Sabtu: 17 Januari 2009, saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Ia sebuah bandar bersejarah termasuk sejarah Hitler. Artikel asal bertajuk: “Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya”. Saya pernah ditegur oleh salah satu kedutaan Barat ketika artikel itu diterbitkan dahulu. Saya ulangsiar semula dengan sedikit suntingan artikel tersebut pada hari ini dalam keadaan dunia membantah kejahatan Yahudi Israel.
           
2.      Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang kejam. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Itupun, mungkin banyak fakta tentang Hitler telah dipalsukan oleh propaganda Yahudi.
 
3.      Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya yang telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
 
4.      Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung dan pengasas Prostestan yang juga orang Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka.
 
5.      Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka memang mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi ini. Jikalau jawapannya yang pertama, maka Yahudi adalah memang bangsa yang telah teraniaya. Jika jawapannya kedua iaitu Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga membawa ketakutan kepada masyarakat Eropah, maka tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang anti-semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
 
6.      Jika kita lihat dalam sejarah Islam, walaupun menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerena mereka Yahudi. Sebaliknya, menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai trajedi adalah disebabkan kerenah kejahatan mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
 
7.      Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai r.ha merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah Nabi s.a.w  yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam merupakan seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik dalam kalangan Yahudi.
 
8.      Cumanya, rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku". Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika  dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?". Jawab mereka: "Allah lindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka". Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang  yang paling jahat.  Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
 
9.      Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Dr MAZA