12 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.
Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.
Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.