April 23, 2012

Majlis pelancaran TIBAI

Majlis pelancaran TIBAI

Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru

22 April 2012

8.00 Malam


Tibai Anwar sampai 'lumat' bergema di pelancaran TIBAI...


Nampak gayanya ramai sekali yang nak tibai Pak Sheikh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudah muak dengan drama dan kelentongnya selama ini.

Paduan suara ini bergema di pelancaran NGO yang ditubuh khusus untuk berperang habis-habisan menentang dan membongkar segalanya tentang dirinya.

Anwar pasti jenuh kena bersilat sakan kerana TIBAI - nama ringkasan pada Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim dilancarkan malam Ahad digerakan oleh oleh bekas-bekas orang kuat PKR yang tahu banyak luar dalam 'lobangnya'.



Mereka semua berazam untuk menyelamatkan negara dari orang yang terus menerus boleh buat bodoh muka seposen sekalipun didakwa bergelumang dengan skandal seks depan belakang termasuk video seks 99.9 peratus tulin.

Majlis pelancaran TIBAI berlangsung dengan gamatnya di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Dewan yang boleh memuatkan 1500 orang satu-satu masa tersebut melimpah ke luar hingga ada hadirin yang berdiri di sepanjang koridor sekolah yang terletak di depan bangunan kelab.

Kehadiran pula terdiri dari berbagai bangsa dan agama, dengan campuran peringkat usia.

Dianggarkan hampir 3,000 orang hadir dalam majlis tersebut yang dilakukan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim dalam ucapannya mahu TIBAI turun ke negeri-negeri secepat mungkin untuk mengadakan roadshow sebagai penerangan kepada orang ramai.

"TIBAI saya anggap macam anak kandung Perkasa," katanya.

Tentu sekali gerak langkah TIBAI menarik dan lain macam sikit kerana bekas-bekas pemimpin PKR yang akan mengerakannya amat sedar tentang perjuangan palsu Anwar dan kini berharap dapat 'menebus dosa' dengan menyedarkan  rakyat mengenai penipuan-penipuan Anwar.





Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md Arip mengetuai TIBAI dan mengunakan gelaran Mursyidul Am TIBAI manakala 28 orang lagi yang merupakan sebahagian besarnya merupakan bekas pemimpin PKR  itu dilantik ahli majlis syura.

"Kami akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang, Kita akan tibai Anwar sampai 'lumat'" katanya diselang-seli dengan sorakan dari hadirin.

Mengenai pendekatan yang akan diggunakan TIBAI, kata Zahid, cara lama, iaitu siri ceramah besar-besaran, pengedaran risalah dan penerangan secara kelompak akan digunakan dalam misi mereka.





"Kita akan guna pendekatan seperti siri jelajah Sumpah Keramat yang pernah digerakkan Angkatan Muda PKR dahulu," kata Zahid.

Pendekatan Sumpah Keramat merujuk siri penerangan besar-besaran di seluruh negara yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor yang membariskan pemimpin utama gerakan dan berucap ala 'rally'.

"Siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.

Zahid turut menyatakan kesanggupan untuk bertanding menentang Anwar di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang.





"Andai diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk bertanding di sana, saya sanggup menentang Anwar," katanya.

Malah, beliau memberi jaminan bahawa TIBAI akan memberi sokongan penuh kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU-13.

"Kita akan guna pelbagai cara untuk menghalang cita-cita Anwar. Kalau ada 10 cara, kita akan guna 10 cara itu. Dia tidak layak menjadi pemimpin di negara ini," katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Parit Sulung Datuk Ruhanie Ahmad dan Senator Datuk S Nalakaruppan sebagai tetamu khas yang turut berucap.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.- 23/4/2012 - OLEH HELME HANAFI DAN HIEKAL ROSLI