February 04, 2017

Sekitar Majlis Pelepasan Kapal "Foof Flotilla for Myanmar" oleh Perdana Menteri.

Kapal bantuan lambang penyatuan ummah... UMNO dan PAS - PM


Perpaduan ummah... Misi untuk membantu umat Islam Rohiingya yang ditindas dan dizalmi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS adalah perlambangan kepada penyatuan ummah khususnya bagi umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, atas semangat kemanusiaan dan ukhwah sesama Islam, Malaysia tidak rela melihat etnik Rohingya selaku saudara setauhid terus dizalimi, dibunuh, dibakar dan diperkosa.

“Saya sudah kata sebelum ini cukup sudah Rohingya dizalimi dan hari ini merupakan detik bersejarah buat Malaysia apabila kira-kira 2,200 makanan dan ubat-ubatan dihantar ke Myanmar,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan misi bantuan kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' di Pelabuhan Barat Klang.
Menurut Najib, kapal tersebut adalah lambang penyatuan ummah? Malaysia.
“Sebab memang benar ada orang UMNO, ada orang PAS," katanya
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PAS dalam acara itu.
Tuan Ibrahim malah mengimamkan solat Jumaat yang disertai Najib.
Khutbah pula dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Al-Qayyum Bandar Amanda Putra.
Jelas Najib, bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Myanmar' menunjukkan nasib etnik Rohingya tidak diabaikan rakyat Malaysia.
Beliau berkata usaha untuk membela penderitaan etnik itu telah mula dibangkitkan ketika Perhimpunan Agung UMNO lepas, seterusnya membawa kepada penganjuran Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya pada Disember lalu.
"Kemudian disusuli dengan mesyuarat luar biasa oleh Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini. Saya tak fikir kosnya, saya nak jugak OIC berhimpun di Kuala Lumpur (bincang isu Rohingya).
"Kita tidak akan terus diam diri dan puas hati dengan usul dan retorik. Apa saya nak cakapkan di sini cukuplah segala penderitaan etnik Rohingya... enough is enough. Kita susuli dengan misi bantuan kemanusiaan ini, katanya.
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim adalah anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.
Perdana menteri dalam pada itu amat terharu dengan persiapan misi berkenaan yang membawa 2,200 tan bantuan termasuk makanan dan ubat.
"Mulanya saya tidak fikir kapal ini mampu disediakan. Saya telah lihat sendiri atas kapal 2,200 tan bantuan makanan dan ubat satu rekod luar biasa. Inilah yang kita akan serahkan pada etnik Rohingya kelak.
"Saya juga terharu dengan kesanggupan lebih 200 sukarelawan daripada 13 negara sertai misi ini. Ada doktor sanggup bayar RM200 nak naik atas kapal sebagai sukarelawan... ini tanda prihatin rakyat Malaysia," katanya.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Noh Omar, bekas MB Selangor yang juga ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan.-3/2/2017